Tak Jadi Nikah Adira, Datuk Red Reda Menduda Sampai Tua

Nampaknya rancangan usahawan Datuk Red untuk kembali mendirikan rumah tangga dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi pada Aidilfitri ini tidak kesampaian.
Memetik mStar Online, Datuk Red berkata dia reda dan kini mereka selesa berkawan serta memberi keutamaan kepada anak-anak.
BACA: “Ramai Mendoakan, Tapi Belum Ada Berita Gembira” – Adira
“Dulu hanya merancang tapi nampaknya anak bulan tak kelihatan. Tapi saya reda dan kami pun selesa berkawan macam sekarang.
“Keutamaan kami berdua adalah pada anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Datuk Red berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah namun mengakui masih menyimpan perasaan sayang kepada Adira.
Tambahnya lagi, dia reda bergelar duda seandainya tidak berjodohan dengan Adira dan tiada masalah jika bekas isterinya bertemu jodoh dengan orang lain.
“Pada umur macam ini saya hanya menantikan jodoh saya kembali bersama Adira. Cinta tak semestinya memiliki.
“Saya tetap reda bergelar duda tua sampai bila-bila. Tak terfikir nak cari perempuan,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berkata faktor kewangan jadi punca dia tangguhkan niat untuk bernikah dengan Adira semula, serta masih ada hutang perlu diselesaikan.
“Faktor kewangan antara punca saya rasa belum masa untuk kahwin. Perjalanan saya nak selesaikan hutang masih jauh. Saya sedar diri tak mahu bebankan isteri saya jika kahwin nanti,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source