[VIDEO] ‘Sesak teruk, geng baik tidur kumpul sini!’
![[VIDEO] ‘Sesak teruk, geng baik tidur kumpul sini!’ [VIDEO] ‘Sesak teruk, geng baik tidur kumpul sini!’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/JLN-TAR.jpeg)
PETALING JAYA – Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri semakin dirasai apabila kebanyakan bazar di ibu negara sesak teruk dipenuhi oleh para pengunjung.
Seperti kelaziman, bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) antara yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk ‘mencuci’ mata dan poket.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna media sosial @apixxh_ pada malam tadi, jelas memaparkan lokasi berkenaan sesak dengan kenderaan yang kelihatan hampir tidak bergerak.
“Dari Chow Kit ke Jalan TAR dah mula sesak malam ni, ‘kaw-kaw’. Fikir dulu sebelum masuk,” katanya pada kapsyen.
Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai termasuk yang teruja dan teringin untuk merasai sendiri suasana di lokasi berkenaan.
“Geng baik tidur kumpul sini,” ujar @wadaaamzzz.
“Bagi tip nak parkir dekat mana. Saya dah 12 tahun tak bawa keluarga datang sini,” komen @Shahzreen.
“Tak sia-sia laki aku beli motosikal terpakai semata bulan puasa,” kongsi @Yvniahmd.
“Dah terjebak malam tadi. Nak keluar parkir sadai satu jam lebih,” luah @💞az_zie177.
Terdahulu KOSMO! melaporkan, ramai pengunjung mengakui mereka hadir ke bazar Aidilfitri Jalan TAR hanya sekadar ‘cuci mata’ sementara menunggu waktu berbuka atau bagi meluangkan masa selepas solat tarawih.
Rata-rata pengunjung bazar berpendapat, mereka lebih memilih membeli pakaian serta kelengkapan Hari Raya Aidilfitri secara dalam talian disebabkan harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai. – KOSMO! ONLINE
@apiehmatzinpikir dulu sebelum masuk..
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source