[VIDEO] ‘Tengah sahur tiba-tiba siling runtuh’
![[VIDEO] ‘Tengah sahur tiba-tiba siling runtuh’ [VIDEO] ‘Tengah sahur tiba-tiba siling runtuh’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/WhatsApp-Image-2025-03-18-at-10.56.59-PM.jpeg)
PETALING JAYA – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila siling tiba-tiba runtuh sewaktu sedang bersahur di sebuah kedai serbaneka di Kangar, Perlis.
Menerusi video tular di TikTok @CEO.DDkitchen, memaparkan sebahagian siling kedai tersebut jatuh di atas meja dan kerusi premis berkenaan.
Malah serpihan siling yang jatuh itu juga terkena kepala salah seorang ahli keluarga tersebut.
“Tengah sahur dekat kedai serbaneka Kangar Jaya, tiba-tiba siling runtuh, jatuh atas kepala,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai mencadangkan keluarga tersebut membuat laporan atau saman perniagaan kedai serbaneka tersebut.
“Kes paling senang menang, saman je, bawa pergi mahkamah, nanti peguam akan terangkan,” komen @ZACK.
“Please ambil tindakan, laporkan dan saman. Kalau tak ambil kita tak tahu in future ada sakit apa-apa punca dari ini, nanti menyesal di kemudian hari,” kata @IraNazhirah. – KOSMO! ONLINE
@adammikmal bukannn, aku tengah cuci pinggan yang aku makan lepas subuh tadi. Aik 😭#fyp#foryoupage ♬ original sound – ImAbraham👼🏾
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source