Jemaah Menteri lulus pinda Akta Finas

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini secara dasar telah meluluskan pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 selepas mengambil kira perubahan dalam industri perfileman.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Finas selepas ini akan meneruskan proses libat urus dengan pelbagai pihak selain berusaha menggubal undang-undang tersebut.
Beliau berkata, penggubalan dan proses seterusnya akan dibawa ke Parlimen mungkin dalam mesyuarat pada Jun ataupun selewat-lewatnya hujung tahun ini.
“Kita akan dapat memperkemas akta ini dan ia seiring dengan zaman di mana penonton filem tidak hanya pergi ke pawagam tapi juga menonton di peranti mereka,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.
Ditanya sama ada akta itu akan menyebabkan penapisan kepada platform penstriman dalam talian, Fahmi berkata, ia tidak berlaku kerana proses itu lebih kepada pembuatan filem.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pindaan akta itu penting kerana ketika ini tiada lagi pembuat filem atau rakaman penggambaran menggunakan format filem seluloid 35mm untuk rakaman.
“Selain itu, ada juga beberapa perkara yang akan dimurnikan termasuk aspek kebajikan bagi mereka yang terlibat dalam proses penggambaran itu sendiri.
“Kita juga akan banyak fokus kepada aspek keselamatan sosial bagi mereka yang terlibat dalam bidang media dengan membantu pekerja sambilan,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source