Puteri Sarah Tiada Masalah Beraya Dengan Syamsul Yusof

Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa syukur apabila hubungan mentuanya dengan bekas suami iaitu Syamsul Yusof semakin baik dan dapat menyambut raya bersama pada tahun ini.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia tiada masalah untuk menyambut raya bersama Syamsul jika kebetulan dia berada di rumah mentuanya.
BACA: Beli Kereta Baru, Puteri Sarah Nafi Hadiah Dari Syamsul Yusof
“Alhamdulillah semua sudah berbaik. Saya tumpang gembira melihat mereka dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama tahun ini.
“Jujur saya tiada masalah untuk kami beraya sekali. Lagipun saya tidak bermusuh dengan dia (Syamsul), kami okey. Andai dia balik ke rumah keluarganya dan kebetulan saya ada di sana, saya okey untuk sambut raya macam biasa,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata keluarga mentuanya agak sedih apabila dia tidak dapat meluangkan masa bersama seperti sebelum ini kerana sibuk dengan kerja.
“Mereka memahami situasi saya yang sibuk dengan kerja sekarang ini. Tapi dalam waktu sama, mereka sedih apabila saya tak dapat nak meluangkan masa seperti sebelum ini.
“Kalau dulu setiap tahun keluarga saya dan bekas mentua akan berbuka bersama-sama, tapi sekarang belum ada kesempatan itu lagi,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source