RM539,647 lesap terperdaya pelaburan saham di TikTok

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berputih mata apabila wang simpanan RM539,647 lesap gara-gara terjerat dalam pelaburan saham tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa berusia 49 tahun itu mula terperdaya dengan aktiviti scammer selepas melihat iklan pelaburan saham di TikTok sekitar Oktober 2023.
Menurutnya, lelaki warga tempatan kemudiannya berhubung dengam seorang individu yang menggelarkan dirinya sebagai Alicia Goh.
“Mangsa ditawarkan pelaburan saham dan dimasukkan ke satu kumpulan WhatsApp dan diminta memuat naik aplikasi Silegx untuk melihat keuntungan pelaburan daripada pelabur terdahulu yang mencecah USD1.1 juta (RM4.8 juta).
“Percaya dengan helah itu, mangsa membuat 10 transaksi ke lima akaun berbeza antara 8 November 2024 hingga 3 Januari 2025 dengan modal pelaburan RM539,647,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Balveer berkata, mangsa menyedari telah ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran bagi mengeluarkan keuntungan yang dijanjikan.
Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source