Runner tukar duit raya cari pelanggan sanggup beratur panjang

PETALING JAYA – Kurang dua minggu sahaja lagi, umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan pastinya ramai mula mencari wang kertas baharu untuk dijadikan duit raya.
Menerusi tinjau Kosmo! di Facebook dan laman X mendapati individu yang menawarkan perkhidmatan penukaran wang kertas baharu atau ‘runner’ mula memenuhi ruang hantaran dan komen pengguna di media sosial.
Seorang penghantar, Mohd. Shafiq Azizi memuat naik iklan perkhidmatan tersebut bertujuan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan wang kertas baharu dari bank.
“Akibat prosedur bank anda kena beratur panjang dari tahun sebelum-sebelum ini.
“Kami berpengalaman selama lima tahun menawarkan servis (penukaran wang baharu) ini. Trusted (dipercayai) insya-Allah,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Seorang lagi penghantar turut menawarkan perkhidmatan ‘duit raya’ tanpa mengenakan sebarang deposit terhadap pelanggannya.
“Takda masa nak tukar duit raya? Boleh tukar duit raya dengan saya tak perlu deposit (simpanan) boleh tukar depan-depan tukar duit raya,” kata Cik Adah. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source