‘Sebelum raya dapat sebulan gaji, selepas raya dapat setengah bulan lagi’

SHAH ALAM – Seramai 18,000 penjawat awam Selangor menerima tambahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 sempena Aidilfitri.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembayaran menerusi Insetif Rekod Hasil Negeri tersebut akan dibuat secara berperingkat sehingga 15 April depan.
“BKK akan dapat pada 25 Mac ini dan insentif sampai 15 April depan. Jadi, sebelum raya dapat sebulan gaji dan selepas raya dapat setengah bulan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani Menteri Besar Selangor bersama Penjawat Awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, hari ini.
Amirudin memberitahu, pemberian insentif khas tambahan itu susulan prestasi semasa kutipan hasil negeri yang memberansangkan dengan merekodkan sebanyak RM691 juta sehingga hari ini.
Ujarnya, ini bermakna kerajaan negeri berada dalam landasan yang kukuh dari segi pencapaian ekonominya.
“Insentif Khas Raya sebanyak RM250 juga diberikan kepada 50,000 penjawat awam Persekutuan yang memperoleh gaji atau pendapatan RM3, 000 ke bawah.
“Insentif ini akan dipanjangkan kepada pemimpin masyarakat, pegawai perhubungan kampung, ketua komuniti India, penyelia Wanita Berdaya, dan Penggerak Belia Selangor sebanyak setengah bulan elaun ataupun minimum RM500.
“Petugas Masjid pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) MBI,” katanya.
Mengulas lanjut, kesemua pemberian insentif itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM38.75 juta. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source