5 pelajar IPT samun lelaki ‘gay’ ditahan

SERDANG – Menyasarkan individu ‘gay’ dan mengadakan janji temu melalui media sosial sebelum mengikat dan menyamun mangsa.
Itu modus operandi penjenayah didalangi lima pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang digunakan sebagai perangkap bagi memindahkan sejumlah wang dari akaun bank mangsa.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 41 tahun menyatakan telah berkenalan dengan suspek melalui aplikasi ‘dating gay’.
“Mangsa yang bekerja sebagai pendandan rambut bersetuju berjumpa suspek di rumah sewa suspek di kawasan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 16 Mac lalu.
“Semasa berada di rumah tersebut, mangsa mendapati terdapat dua lelaki tidak dikenali berada di dalam rumah selepas keluar menggunakan tandas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Anbalagan berkata, tangan dan kaki mangsa kemudian diikat dan salah seorang suspek telah memukul badan mangsa menggunakan kayu.
“Seorang lagi suspek telah mengambil telefon bimbit mangsa dan memindahkan wang berjumlah RM67,000 ke dalam akaun rakan suspek.
“Suspek turut mengugut mangsa untuk tidak melaporkan kepada pihak polis sebelum memotong tali yang diikat pada kaki dan tangan mangsa,” ujarnya.
Sehubungan itu, Anbalagan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis berjaya menahan lima lelaki berusia 18 hingga 22 tahun termasuk pemilik akaun yang menerima duit mangsa, kelmarin.
“Saringan air kencing adalah negatif dan empat suspek ditahan reman sehingga 21 Mac manakala seorang suspek telah diberikan jamin polis.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyimpan gambar dan video lucah,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, hasil siasatan awal, polis turut mengesan tiga kejadian lain melibatkan mangsa berbeza yang menggunakan modus operandi sama.
“Mangsa yang terlibat diminta tampil membuat laporan berhubung kejadian di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai pengiasat, Inspektor Nursabrina Ahmad Jafri di takian 03-80742222,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source