Lebih 50,000 Rakyat Malaysia ‘Buang’ Kewarganegaraan Sejak 2020, Purata 842 Orang Sebulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia telah membuat keputusan besar dalam hidup dengan melepaskan kewarganegaraan mereka.
Baru-baru ini, didedahkan bahawa sebanyak 52,225 permohonan pelepasan kewarganegaraan daripada rakyat Malaysia telah diluluskan antara 1 Januari 2020 hingga 15 Februari tahun ini.
Ini bersamaan dengan purata 842 rakyat Malaysia yang melepaskan kewarganegaraan mereka setiap bulan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa hanya individu berumur 21 tahun ke atas dan sihat dari segi mental layak memohon pelepasan kewarganegaraan.
Bagi mendapatkan pelepasan tersebut, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang membuktikan mereka telah memperoleh atau sedang dalam proses mendapatkan kewarganegaraan dari negara lain.
Namun, bagi wanita yang sudah berkahwin, faktor umur tidak menjadi penentu dalam permohonan ini.
Terdapat pelbagai sebab rakyat Malaysia memilih untuk menukar kewarganegaraan, antaranya faktor kos sara hidup, peluang pekerjaan, serta mengikut pasangan yang menetap di luar negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source