“Saya Tak Pernah Paksa Ceraikan Madu, Itu Keputusan Suami Sendiri”

Selepas sekian lama berdiam diri, madu kepada Nora Ariffin iaitu Rose Aliza bersuara selepas penyanyi itu mendakwa memfailkan perceraian kali kedua terhadap suaminya disebabkan desakan orang ketiga.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Rose Alza mempertahankan diri bahawa dia tidak pernah memaksa suaminya untuk menceraikan madu sepertu yang didakwa.
BACA: “Yang Kahwin Berpuluh Tahun Tak Ada Tayang Menayang” – Anak Tiri Nora Ariffin Tayang Foto Ibu Bapa
Sebaliknya keputusan itu dibuat oleh suami sendiri dan ada seorang insan merayu agar suami menceraikan madunya atas sebab tertentu berdasarkan pengalaman hidup sebagai anak dalam keluarga yang berpoligami dan kejadian itu berlaku pada tahun 2019.
Bagaimanapun, Rose mendakwa video yang sepatutnya disimpan itu telah dimuat naik pada Ogos tahun lalu.
Sementara itu, Rose turut menjelaskan mengenai mesej oleh madu itu merupakan luahan emosinya apatah lagi sebaik saja mendapat tahu suaminya berkahwin secara senyap-senyap.
Sedar akan khilafnya itu, Rose berkata dia sudah memohon maaf kepada madu secara peribadi pada Ogos 2021 serta menganggap segala yang berlaku sudah selesai dengan baik.
Dalam pada itu, Rose berkata hantaran terebut sama sekali bukan bertujuan untuk membalas dendam ataupun mengeruhkan keadaan.
Katanya lagi, dia hanya mahu menjelaskan apa yang berlaku agar tidak timbul lagi salah faham sehingga mengundang fitnah yang berpanjangan terhadap dirinya serta anak-anak.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source