Bapa Keith Foo meninggal dunia

PETALING JAYA: Bapa kepada pelakon, Keith Foo, Foo Kia Suan, 78, dikhabarkan telah meninggal dunia di Gemas, Negeri Sembilan, pada Selasa lalu.
Khabar duka itu telah dikongsikan oleh pelakon, Riena Diana yang turut memberitahu pemergian mendiang berpunca kerana terjatuh sehingga menyebabkan patah kaki dan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru selepas menjalani pembedahan.
“Bapa Keith meninggal pada dua hari lepas. Sebelum ini, bapanya tidak mempunyai sebarang penyakit dan sihat sahaja.
“Cuma beberapa hari lalu, dia terjatuh dan patah kaki. Dia telah ditahan di hospital hampir 10 hari dan perlu menjalani pembedahan.
“Selepas pembedahan itu selesai, dia mengalami jangkitan kuman pada paru-paru dan disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.
Turut berkongsi keadaan terkini Keith, Riena memberitahu pelakon lelaki itu kini masih terkejut dengan pemergian bapanya dan dalam tempoh berkabung.
“Emosi Keith sekarang ini agak tidak stabil. Masih dalam tempoh penyembuhan dan berkabung. Mungkin dia masih terkejut,” jelasnya.
Hari ini, Keith telah memuat naik beberapa momen manis bersama mendiang bapanya dan meluahkan rasa rindu di Instagram.
“Saya rindu, papa. Terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah papa lakukan kepada saya dan keluarga. Saya harap saya ada masa yang banyak dengan papa,” katanya.
Perkongsian tersebut turut dihujani dengan ucapan takziah dan kata-kata semangat dari rakan artis dan peminat di ruangan komen.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source