Imigresen tumpaskan sindiket ejen penyeludupan libat warga Indonesia

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menyelamat dan menumpaskan satu sindiket ejen penyeludupan dalam operasi khas pada Rabu lalu di Ampang melibatkan seorang wanita warga Indonesia.
Ketua Pengarahnya, Datuk Zakaria Saaban berkata, bertindak atas maklumat awam dan hasil risikan yang dijalankan, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan sebuah kenderaan Perodua Aruz yang digunakan oleh seorang transporter untuk mengangkut imigran larangan.
Jelas beliau hasil pemeriksaan mendapati pemandu atau transporter merupakan seorang wanita warganegara Indonesia dan dua lelaki warganegara Indonesia yang baru tiba berada di dalam kenderaan tersebut.
“Turut diperiksa, empat lelaki dan satu wanita warganegara Indonesia yang turut berada di kawasan parkir tersebut dipercayai untuk menaiki kenderaan yang sama dan mengaku untuk dihantar pulang ke negara asal melalui pintu yang tidak diwartakan.
“Pasukan operasi turut menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang dijadikan sebagai rumah penampungan atau transit bagi imigran larangan. Hasil pemeriksaan telah menjumpai seorang wanita yang tidak berdaya disyaki sebagai mangsa eksploitasi yang diserahkan oleh majikan kepada ejen haram untuk dihantar pulang ke negara asal.
“Pasukan operasi turut menjumpai beberapa naskhah pasport milik orang lain di bilik ejen haram atau transporter,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Tambah Zakaria, modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan membawa masuk dan menghantar imigran larangan pulang dengan bayaran mencecah sebanyak RM4,500 seorang melalui pintu yang tidak diwartakan.
Katanya, ejen haram atau transporter yang menguruskannya juga merupakan warganegara Indonesia dan kebanyakan imigran diambil dari sekitar Johor dan Negeri Sembilan.
“Operasi ini turut menggunakan pendekatan mengenalpasti mangsa pemerdagangan orang (buruh paksa) dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
“JIM telah memulakan siasatan bagi melihat kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source