[VIDEO] Baju Melayu paling limited
![[VIDEO] Baju Melayu paling limited [VIDEO] Baju Melayu paling limited](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/WhatsApp-Image-2025-03-21-at-3.28.42-PM.jpeg)
PETALING JAYA- Pelbagai jenama baju Melayu membanjiri pasaran dengan reka bentuk dan material kain yang berbeza, namun bagi seorang pemuda, pakaian hasil jahitan ibunya tetap menjadi pilihan utama.
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh @Aiman17, pemuda itu menunjukkan koleksi baju Melayu miliknya, namun, di antara kesemua pakaian tersebut, busana tradisional yang dijahit sendiri oleh ibunya paling bermakna.
“Baju raya tahun ni ‘special’ (istimewa)! Tetapi yang paling ‘legend’, baju Melayu air tangan mak sendiri. Dalam banyak-banyak baju Melayu yang aku pernah ada, yang ni paling epik! Tahun ni confirm terpaling raya!,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen tersentuh dengan luahan pemuda berkenaan.
“Baju paling limited abang baju tu,” komen @Riqkicu.
“Air tangan ibu tiada ganti di muka bumi ni,” ujar @Sally.
“Abang, kau buat hal lah, keluar air mata jantan aku bila masuk part baju mak jahit tu,” kata @Aiman94_.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 1,591 tanda suka, 46 komen dan 19 perkongsian. -KOSMO! ONLINE
@muhammadnuraiman17 Baju raya tahun ni special! 🏆 Dari Bulan Bintang ke Omar Ali, semua power, tapi yang paling legend… baju melayu air tangan mak sendiri. ❤️ Dalam banyak-banyak baju melayu yang aku pernah ada, yang ni paling EPIC! Tahun ni confirm Terpaling Raya! 🌙✨ @meri yang busy boss Bulan Bintang, tahun ni contest Scan QR Menang Kereta & Motor memang gempak! 🔥 Mana tahu rezeki dapat baju Bulan Bintang free pulak lepas ni? 😆 hehe gurau je ek #B#BajuRaya2025B#BulanBintangT#TerpalingRayaO#OmarAliB#BajuMelayuLegendM#MakPunyaStyleRayaPadu ♬ Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source