Emma Maembong Nafi Dah Kahwin Dengan DJ Kidd

Lama berdiam diri, pelakon Emma Maembong akhirnya tampil menjawaan dakwaan dia sudah bernikah dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd.
Memetik Astro Gempak, Emma berkata sehingga kini dia masih solo dan dia menjelaskan perkara itu selepas ramai yang menyangka dia sudah berkahwin.
BACA: Cat Farish Dedah DJ Kidd Bukan Kekasih Tapi Pembantu Emma Maembong
“Lagi saya diam dan lari ada pula yang ingat saya dah kahwin. Sebenarnya saya belum kahwin dan masih solo.
“Bila saya tahu pasal gosip saya dah kahwin ni pun mulanya saya tak nak layan isu ini, rupanya gosip itu masih datang sampai ada yang ingat saya isteri orang,” katanya.
Sementara itu, Emma mengakui berkenalan dengan DJ Kidd namun tidak pernah bercinta seperti yang kecoh di media sosial dan mereka masih berkawan.
“Kami cuma berkawan dan tidak bercinta. Dia pembantu peribadi kepada kenalan saya di set penggambaran, saya bukan kenal dia sebagai deejay,” katanya.
Dalam pada itu, Emma turut menafikan dakwaan DJ Kidd punca dia bercerai dengan bekas suaminya, Shazli Azhar serta mengatakan tiada siapa yang jadi punca mereka berpisah.
“Tidak, tiada siapa punca saya cerai. Bagi saya buku yang dah ditutup kenapa nak kena buka balik? Saya selalu kata apa-apa yang jahat salahkan saja saya dan bukan orang sekeliling saya,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source