PMX Umum Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500 & RM250 Sempena Raya Aidilfitri

Kerajaan telah mengumumkan berita gembira buat penjawat awam Gred 56 dan ke bawah tentang Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM500 susulan bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
PMX umum sendiri Bantuan Khas Kewangan
Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, semalam.
Menurut beliau, pesara kerajaan turut tidak dilupakan, di mana kerajaan akan memberi mereka bantuan khas sebanyak RM250.
Kata PMX pada pihak media, Bantuan Khas Kewangan ini telah melibatkan wang sekitar RM1 bilion.
Bagi meringankan bebanan kewangan
Alhamdulillah, oleh kerana kita catat pertumbuhan ekonomi lebih baik, hasil negara lebih baik dan sumbangan penjawat awam lebih teratur, lebih disiplin, ketirisan masih ada tetapi banyak (dapat) dikawal.
Difahamkan, bantuan kewangan ini akan mula disalurkan kepada penerima bermula pada minggu hadapan sebagai langkah bagi meringankan bebanan kewangan rakyat menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source