“Takkanlah Friendzone Sampai Pergi Teman Di Mahkamah..”

Kehadiran pelakon Bella Astillah ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini menjadi perhatian ramai.
Terbaru, menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah seolah memberi bayangan mengenai hubungan kakaknya dengan Syed Saddiq.
BACA: “Saya Hadir Sebagai Seorang Sahabat” – Bella Astillah
@sallymeon69 Sah korang memang sah .. Kepada yang masih berteka teki dah boleh move on dah dgn ayat “sahabat” bella tu .. boleh dah buat juadah berbuka kepada yang belum sediakan tu ye..#fyp #viral #bella #friendszone #bass
Kenyataan Didi itu seolah menepis dakwaan bahawa kakaknya dan Saddiq hanya sekadar kawan. Malah, Didi berkata banyak hint telah diberikan mengenai hubungan mereka.
“Mana ada friendzone lah korang. Takkanlah friendzone macam tu. Takkan sebab Kak Bella friendzone, dia sanggup teman ke mahkamah, malah boleh ‘kena culik’ selepas prosiding di mahkamah hari tu.
“Apa lah korang ni, tu pun tak tahu. Korang nak apa lagi?dah banyak sangat hint ni,” katanya.
Difahamkan, persoalan itu timbul berikutan kenyataan Bella yang memberitahu dia akan hadir pada hari kedua prosiding hujahan berkenaan sebagai seorang sahabat.
Diruangan komen, rata-rata netizen memahami mengapa Bella mengatakan Syed Saddiq sebagai sahabat kerana ianya lebih manis apatah lagi belum ada ikatan.
Malah, ada netizen mendakwa Bella berkata sedemikian kerana tidak mahu isu peribadi melebihi daripada liputan kes melibatkan Syed Saddiq.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source