Eda Ezrin tidak akan pulang ke Kelantan sebelum raya

NARATHIWAT, THAILAND – Penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, atau Eda Ezrin tidak akan pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri hujung bulan ini meskipun sudah dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di Sungai Golok pada 6 Mac lalu.
Eda Ezrin yang masih ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat berkata, dia bagaimanapun tetap reda apabila perlu menyambut Hari Raya Aidilfitri di sebalik tirai besi.
Menurutnya, dia masih belum menerima sebarang maklumat sama ada pihak pendakwa raya sudah memfailkan rayuan terhadap kesnya di mahkamah atau sebaliknya.
“Tempoh untuk mereka mengemukakan rayuan akan tamat awal bulan depan. Saya amat berharap pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan tersebut.
“Bagaimanapun, saya sangat rasa syukur selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini membebaskan saya, suami dan empat lagi rakan daripada tuduhan dadah,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa bersama Menteri Kehakiman Thailand, Leftenal Kolonel Polis Thawee Sodsong di sini semalam.
Menurutnya, pembebasan daripada tuduhan itu cukup menggembirakan dirinya termasuk ahli keluarga.
“Tolong sampaikan salam buat semua termasuk peminat, Insya-Allah lepas keluar dari sini (penjara) saya akan teruskan kerjaya seni sebagai penyanyi,” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada 6 Mac lalu atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda.
Eda Ezrin dan suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, bagaimanapun dihukum penjara enam bulan dan denda 4,000 bath (RM526) selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil pil kuda.
Kesemua mereka bagaimanapun tidak perlu membayar denda kerana sudah selesai menjalani tempoh pemenjaraan selama lebih empat bulan dan berkelakuan sangat baik di penjara sepanjang tempoh tahanan reman.
Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira didenda dengan jumlah sama selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini.
Mereka juga tidak perlu membayar denda kerana sudah menjalani tempoh pemenjaraan di Penjara Wilayah Narathiwat.
Seorang daripada peguam keenam-enam tertuduh, Sufian Abdul Aziz berkata, Eda Ezrin bersama suami serta empat rakannya masih perlu berada dalam penjara untuk tempoh sekurang-kurangnya satu hingga empat bulan lagi.
Menurutnya, ini berikutan mereka perlu menunggu sekiranya pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dibuat mahkamah pada 6 Mac lalu.
“Buat masa ini, keenam-enam anak guam saya masih belum boleh dibenarkan untuk keluar dan perlu berada di penjara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source