Ke fasa lebih serius, Erra tepati ciri wanita idaman – Mr E

SETIA ALAM: Ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai ‘Mr E’ mengakui merancang membawa hubungannya dengan Erra Fazira ke fasa yang lebih serius.
Jelas Ezwan, 44, Erra memiliki personaliti yang memikat hati sejak masing-masing mulai akrab Ogos tahun lalu.
“Status perhubungan kami sekarang ini adalah cuba pergi ke fasa seterusnya, fasa lebih baik.
“Daripada fasa kenal kepada lebih mengenali. Kemudian merancang sesuatu? begitulah,” katanya.
Ezwan ditemui Utusan Malaysia di sesi fotografi dan program buka puasa bersama peminat di Kueh, Setia Alam, semalam.
Mengulas mengenai keistimewaan Erra Fazira berbanding wanita lain, Ezwan mengakui pelakon Cinta Kolestrol itu mempunyai peribadi yang sopan sekali gus menepati ciri-ciri isteri idaman.
“Sejujurnya saya tak mengenali sangat Erra. Pertama kali jumpa saya ada kekaguman daripada caranya bercakap, tutur bahasa, adab membuatkan saya tertarik lebih mengenali.
“Saya suka seseorang yang agak matang kerana dia lebih terbuka, kita lebih mudah untuk berkomunikasi. Kami sudah kenal lama cuma mula rapat tahun lepas. Hari Malaysia itu saya merdekakan dia,” katanya ketawa.
Lebih menguatkan pilihan itu apabila kedua-dua anak mereka tidak membantah hubungan Ezwan dan Erra.
“Kami sudah suai kenal dengan orang terdekat. Kebetulan anak perempuan kami sebaya. Anak ada beberapa kali jumpa Erra dan makan beberapa kali.
“Saya pun selalu tekankan pada anak tentang adab, cara kita dengan orang dewasa. Setakat ini anak kami berdua tiada masalah,” jelasnya.
Sejak terbuka bercakap mengenai hubungannya bersama Erra, Ezwan mengakui sering mendapat usikan manja daripada peminat Erra.
“Kehidupan saya sebelum dan selepas tiada perubahan kerana sudah biasa berkomunikasi dengan orang.
“Kalau ada yang usik saya, saya hanya senyum. Saya tidak boleh nak ulas apa-apa sebab tiada ketetapan apa-apa.
“Cuma terpaksa ‘private’ Instagram sebab menjaga privasi tentang anak tidak mahu menjadi perhatian sangat. Ribuan juga yang request untuk follow.
“Setakat ini saya terima respons positif, tiada komen pelik-pelik. kalau ada mahu bergambar, okay sahaja,” tambahnya.
Terdahulu, kecoh apabila Erra memuat naik ucapan romantis kepada seseorang yang tidak pernah dilakukan selebriti itu sebelum ini.
Tambah menguatkan desas desus apabila jejaka bernama Mr E itu muncul di sesi live bersama Erra di aplikasi TikTok.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source