Lagu Ramadan terbaik pilihan Rebiu

BULAN Ramadan kini masuk minggu keempat dan berbaki beberapa hari lagi sebelum negara menyambut perayaan Aidilfitri 2025.
Saban tahun menjelang Ramadan, kita menyaksikan ada dalam kalangan pemain industri muzik tidak melepaskan peluang berkarya, sekurang kurangnya satu single Ramadan sebagai pendekatan dalam mengimarahkan bulan puasa.
Bagaimanapun, jika dihitung untuk tahun ini, jumlahnya boleh dikira dengan jari kerana tidak ramai mahu ‘melabur’ menerbitkan satu single Ramadan eksklusif.
Lagu Ramadan Tiba nyanyian Opick di dalam album Cahaya Hati (2008) dan Ramadan oleh Maher Zain pula kedua-duanya kekal sebagai pembuka dan penutup bulan penuh suci ini.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak tampil dengan lagu kerohanian sejak kali terakhir merakam single gandingan bersama kumpulan muzik Indonesia, Ungu, berjudul Di Ujung Hari pada 2023.
Ada pun sejak minggu pertama Ramadan lagi, promosi dan pelancaran lagu-lagu bertemakan Aidil tri berlegar dalam media sosial di tengah-tengah pendapat bahawa semua pihak perlu menghormati ketibaan bulan yang mulia itu.
Seandainya matlamat pengkarya seni kita bermuzik khusus untuk Ramadan semata-mata untuk tujuan komersial, maka kita perlu menetapkan semula pemikiran bahawa mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat mendidik mereka dengan nilai-nilai yang ditanam di dalamnya.
Dalam edisi puasa tahun ini, Rebiu menyenaraikan lagu lagu pilihan Ramadan terbaik pernah dihasilkan pengkarya seni muzik dan penyanyi tanah air.
Penulis percaya, kesemua lagu ini mempunyai nilai kerohanian dan sasaran pendengar masing-masing, sekali gus membuktikan sejauh mana para pengkarya menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan produk berkualiti yang boleh dibanggakan.
Penafian: Pemilihan lagi lagu ini adalah sepenuhnya daripada pendengaran penulis tanpa memerlukan penilaian terlalu rigid untuk mengiktirafnya sebagai lagu rasmi terbaik sepanjang tahun tersebut.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source