Lebih 2,000 ‘serbu’ beli daging tempatan serendah RM20 sekilogram di Kangar

KANGAR: Lebih 2,000 orang beratur panjang sehingga 500 meter bagi membeli daging dan tulang lembu segar yang dijual dengan harga serendah RM20 sekilogram (kg).
Sebanyak enam ekor lembu disediakan oleh pejabat Dr. Fathul Bari menerusi jualan daging tempatan termurah #KangarStyle yang diadakan di pekarangan pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Persiaran Wawasan, di sini.
Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, bagi melancarkan proses pembelian, kupon pembelian daging dan tulang lembu itu mula dijual pada pukul 9.30 malam iaitu selepas orang ramai berbuka puasa dan mengerjakan solat berjemaah bersama.
Katanya, daripada enam ekor lembu itu, seekor daripadanya disediakan untuk hidangan makan atau moreh buat orang ramai manakala selebihnya adalah bagi tujuan jualan murah.
“Alhamdulillah, proses jualan berjalan lancar dengan kehadiran sekitar 2,000 orang yang tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan daging dan tulang dengan harga murah ini.
“Sementara menunggu, orang ramai juga menikmati pelbagai hidangan membabitkan seekor lembu yang disediakan itu,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Fathul Bari berkata, memasuki tahun kedua penganjuran program itu, pihaknya membuat beberapa penambahbaikan termasuk melaksanakan jualan pada waktu malam bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.
Katanya, daging dan tulang itu selesai dijual hanya dalam tempoh sekitar satu setengah jam.
“Saya juga tetapkan polisi di mana tidak mahu ada konsep ‘kabel’ dalam pembelian bagi membolehkan jualannya dilaksanakan secara adil kepada semua orang,” katanya.
Fathul Bari yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pelaksanaan program jualan murah itu mendapat kerjasama Khidmat 4 Kangar (K4K) dan Pertubuhan Anak Jati Perlis (Jati).
Katanya, pelaksanaan program itu juga akan dijalankan secara berterusan bagi meringankan beban masyarakat khususnya menjelang sambutan perayaan.
“Pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini turut mendapat kerjasama daripada APM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan,” katanya. -UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source