“Pergi Kedai Depan Rumah Pun Aku Angkut Anak”

Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi kenyataan apabila ada yang mendakwa dia tidak rapat atau ‘bonding’ dengan anak sulungnya, Imane Lunara.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata dia tidak pernah berenggang dengan anaknya, malah ketika masak pun anaknya akan berada di sebelahnya.
BACA: Kafe Milik Intan Najuwa Habis Ais, Pelanggan Sanggup Beli Sendiri
“Kepada yang kata saya tiada bonding dengan anak tu, kau tahu tak, aku ni pergi kedai runcit 10 meter depan rumah pun aku angkut anak.
“Tak pernah tinggal budak dobot ini. Tengah masak pun dia duduk dapur tau sebelah mommy,” katanya.
Sementara itu, Intan turut menegur mulut-mulut jahat yang berkata sedemikian serta sempat berseloroh mengatakan kalau boleh mahu anaknya masuk dalam perut semula mudah untuk di bawa ke mana-mana.
“Ish jahatnya mulut acik, ingat saya tak sayang anak ke. Kalau boleh nak masuk perut balik ini senang nak bawa pergi mana-mana, tak nak berjauhan,” katanya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Asraf Azman pada 18 Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Imane Lunara 15 Disember lalu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source