Sah! Erra Fazira, Mr E Bercinta

Nampak ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr E atau nama sebenarnya Ezwan Zain mengakui hubungannya dengan Erra Fazira yang terjalin sejak Ogos tahun lalu semakin serius.
Memetik BH Online, usahawan berusia 44 tahun itu berkata dia merancang untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih baik seperti yang diharapkan ramai orang.
BACA: “Andai Bumi Terbelah, Aku Tetap Cinta Padamu” – Erra Fazira & Mr.E ‘Healing’ Bersama Di Tepi Sungai
“Status hubungan kami ketika ini adalah kita cuba hendak pergi ke fasa seterusnya, iaitu fasa yang lebih baik. Dari fasa kenal, kini kami semakin mengenali. Dari lebih mengenali, mungkin ada merancang sesuatu… Macam itulah,” katanya.
Sementara itu, Ezwan yang merupakan duda anak satu itu berkata Erra mempunyai ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan pasangan hidup serta suka wanita yang matang.
“Saya lebih tertarik dengan sisi keperibadian, bukannya sisi glamor Erra sebagai artis. Saya juga ada ramai kawan-kawan dalam kalangan artis.
“Erra ada ciri-ciri wanita idaman saya. Saya suka dengan wanita yang agak matang dan lebih terbuka. Walaupun dia lebih berusia, namun, kami tidak pernah ada masalah darpada segi komunikasi. Hendak bincang apa-apa pun senang,” katanya.
Dalam pada itu, Ezwan turut berkata anak perempuannya juga turut merestui hubungannya dengan Erra apatah lagi anaknya dengan Tengku Alesya sebaya.
“Kebetulan anak saya dan anak Erra sebaya. Adalah beberapa kali dia berjumpa Erra, iaitu ketika kami keluar makan bersama.
“Anak saya bukanlah ‘introvert’. Jadi, dia agak terbuka. Saya pun selalu titik beratkan soal adab dan cara kita (berkomunikasi) dengan orang yang lebih dewasa. Setakat ini, anak saya tidak ada masalah dan anak Erra juga tiada masalah,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source