‘Saya merdekakan Erra Fazira pada hari Malaysia tahun lalu’

SHAH ALAM – Ahli perniagaan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr. E akhirnya mengakui hubungan dengan pelakon Erra Fazira semakin serius sejak Ogos tahun lalu.
Malah, Ezwan, 44, turut memaklumkan dia dalam perancangan akan membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya.
“Sudah lama kami kenal cuma mula rapat tahun lepas. Hari Malaysia itu saya merdekakan dia,”
“Status perhubungan kami sekarang ini adalah cuba pergi ke fasa seterusnya iaitu fasa yang lebih baik.
“Dari fasa kenal kepada lebih mengenali. Kemudian mungkin ada merancang sesuatu, begitulah,” katanya kepada Kosmo! Online semasa semasa sesi fotografi dan majlis berbuka puasa di Kueh Setia Alam, semalam.
Dalam masa sama, pengusaha restoran Kueh itu mengakui Erra menepati ciri-ciri wanita idaman sehingga membuatkan dia tertarik untuk mengenali pelakon Gerak Khas itu dengan lebih dekat.
“Sejujurnya saya tak mengenali sangat Erra sebelum ini. Pertama kali jumpa saya ada kekaguman daripada caranya bercakap, tutur bahasa dan adab yang membuatkan saya tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam.
“Dia ada ciri-ciri wanita idaman saya seperti seorang yang agak matang dan lebih terbuka. Meskipun lebih berusia, kami tidak pernah ada masalah dari segi berkomunikasi.
“Saya bukannya tertarik dari sisi glamor Erra tetapi lebih kepada sisi keperibadiannya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Ezwan mendedahkan ribuan pengikut baharu yang mahu mengikutinya dalam Instagram selepas terbuka berkongsi hubungan mesra dengan pelantun lagu Pertemuan itu.
“Kehidupan saya sebelum dan selepas tiada perubahan kerana sudah biasa berkomunikasi dengan orang.
“Kalau ada yang usik saya, saya hanya senyum tanpa mampu ulas apa-apa sebab tiada ketetapan. Cuma terpaksa ‘private’ (peribadi) Instagram kerana mahu menjaga privasi anak dan tidak mahu menjadi perhatian sangat.
“Ada ribuan juga yang dalam senarai mahu mengikuti saya tetapi setakat ini saya terima respons positif, tiada komen pelik-pelik. kalau ada mahu bergambar, okey sahaja,” jelasnya.
Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai seorang anak perempuan sebaya, Ezwan mengakui mereka sudah berjumpa dan menerima lampu hijau untuk meneruskan hubungan terbabit.
“Kami sudah suai kenal dengan orang terdekat. Kebetulan anak perempuan kami sebaya dan anak ada beberapa kali jumpa Erra dan makan beberapa kali.
“Anak saya bukan seorang ‘introvert’. Jadi, dia agak terbuka dan saya sendiri selalu tekankan soal adab dan cara berkomunikasi dengan orang lebih dewasa.
“Setakat ini anak saya tidak ada masalah dan begitu juga dengan anak Erra,” tuturnya.
Sebelum ini, tular klip video memaparkan pelantun lagu Hanya Di Mata itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.
Biarpun bukan pertama kali mereka muncul bersama, kesudian Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, mempromosikan kafe Ezwan seakan membuktikan hubungan mereka sangat istimewa.
Erra kini juga dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan lelaki terbabit dengan mengakui situasi tersebut disebabkan faktor kematangan dirinya.
Awal tahun ini kecoh dalam media sosial mendakwa artis berstatus ibu tunggal itu dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan kepada seseorang. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source