“Tak Adil Semua Salahkan PBT, Jangan Hukum Orang Yang Tak Sepatutnya” – Isu Pak Cik Petai, Ini Jawab MB Negeri Sembilan

Melalui laporan Sinar Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ulas isu yang membabitkan seorang pak cik bertindak membaling petai-petai yang dijual di jalan raya sebagai tanda protes susulan tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut.
PBT hanya jalankan tanggungjawab
Menurut Aminuddin, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab kerja serta merasakan hal itu tidak adil.
Katanya lagi, dia meminta agar masyarakat tidak terus menghukum anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), sebaliknya selidik kronologi isu tersebut berlaku.
Perkara tersebut bermula dengan aduan menjalankan perniagaan di hadapan kedai yang tidak sepatutnya berlaku. Apabila dinasihatkan berlakulah kejadian seperti itu, mungkin ketika berpuasa dan dalam keadaan marah akhirnya rakyat memberikan penghakiman tidak adil kepada semua.
Tak adil hukum PBT tanpa usul periksa
Susulan itu, Ahli Parlimen berkenaan menasihati masyarakat untuk bersikap adil dengan tidak menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dahulu.
Namun begitu, Aminuddin sempat meluahkan rasa syukur kerana isu tersebut berjaya diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak.
Sekadar info, kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini dan perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi, di mana netizen berasa rasa simpati terhadap pak cik itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source