Zakat RM8.15 juta jaga kebajikan, pengajian mualaf di Kelantan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) memperuntukkanzakat sebanyak lebih RM8.15 juta kepada golongan mualaf yang dikategorikan sebagai asnaf di negeri ini.
Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Anis Hussein berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM4 juta digunakan bagi menguruskan kelas fardu ain mingguan bagi saudara-saudara baharu termasuk untuk masyarakat Orang Asli.
“Kesemua jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada kutipan zakat berjumlah lebih RM296 juta pada tahun lalu yang menunjukkan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Ini jelas membuktikan komitmen Maik dalam memperjuangkan kebajikan saudara baharu dan memajukan mualaf yang mengikuti pengajian di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri dan Berbuka Puasa Bersama Peserta Kursus Fardu Ain Mingguan Saudara Baharu Tahun 1446H/2025M di Masjid Jamek Muhammadi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Anis memberitahu, seramai 132 saudara baharu yang tinggal dan mengikuti kelas fardu ain di Kota Bharu diraikan pada majlis berkenaan dan sumbangan disalurkan melalui pegawai-pegawai agama daerah bagi saudara baharu yang lain.
Menurutnya, ia merupakan sumbangan tambahan berbentuk hamper dan wang tunai RM200 bagi setiap seorang saudara baharu sempena sambutan Aidilfitri nanti dan sebagai tanda prihatin Maik terhadap kebajikan saudara-saudara baharu di negeri ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source