Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Buat Kali Kedua

Pasangan pelakon sensasi, Farid Kamil dan Diana Danielle sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sebentar tadi.
Lafaz cerai dilakukan Farid di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai secara baik.
BACA: Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP
Memetik Harian Metro, peguam syarie yang mewakili Diana berkata pasangan itu mencapai kata sepakat untuk bercerai secara baik dan ini merupakan perceraian kedua mereka.
“Farid sudah melepaskan Diana dengan talak satu. Jadi, berjumlah dua talak dan ini perceraian kali kedua mereka. Alhamdulillah, kita dah selesaikan secara baik,” katanya.
Pada 4 November tahun lalu, Diana ke mahkamah bagi membuat pendaftaran rujuk dan kemudiannya memfailkan permohonan cerai kali kedua terhadap Farid.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 12 dan Nur Auror, 10.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source