Fizi Ali Nafi Isteri Terlibat Pendaftaran Sekolah Ameena, Tegur Shakilla Merentan Di IG

Penyampai radio, Fizi Ali menegur bekas isterinya, Shakilla Khoriri yang ‘merentan’ di media sosial berhubung isu pendaftaran persekolahan serta mendakak ada individu yang mengaku sebagai penjaga utama anak mereka, Ameena Sofea.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi berkata isteirnya, Siti Zulaikha tiada kena mengena dengan siu berkenaan serta tidak masuk akal jika isterinya mahu mendaftarkan anak tirinya.
BACA: Hargai Isteri Hamil, Fizi Ali Beri Wang Tunai Dalam Sampul Tebal
“Yang pasal sekolah, apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang sebelah sana cakap semua korang percaya.
“Sebab apa? Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu, isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Korang buli dia macam-macam ni?
“Mak tiri baik layan anak tiri baik korang kecam, mak tiri dera anak dia korang kecam, korang nak macam mana lagi,”tulisnya.
Sementara itu, Fizi turut menegur tindakan Shakilla yang meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial serta menyifatkan perangai itu seperti budak-budak.
“Cukup lah, kalau tak puas hati kita lawan di mahkamah bukan sosial media. Apa perangai macam budak-budak,” katanya.
Semalam, Shakilla meluahkan rasa berang apabila ada individu yang mengaku sebagai penjaga anaknya, Ameena dan bertindak mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuan dirinya.
Shakilla berkata dia dan penjaga lain tidak pernah membincangkan hal tersebut, kecuali berkaitan urusan mengambil Ameena. Malah, Shakilla juga dilarang menghubungi anaknya setiap kali tiba giliran pihak berkenaan untuk menjaga Ameena.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source