Gara-Gara Tak Pandai BM, Cikgu Di Sekolah Perak Maki Murid B*doh & Arah Duduk Tepi Tong Sampah

Baru-baru ini, melalui laporan World of Buzz, seorang guru yang mengajar di sekolah menengah di Perak didakwa telah menghina seorang pelajar.
Guru tiada belas kasihan terhadap pelajarnya
Hal itu diketahui selepas tular klip audio yang merakam suara guru berkenaan yang memanggil anak muridnya ‘bodoh’ susulan tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu.
Bukan saja mengeluarkan kata-kata kesat, malah mengarah pelajar berkenaan duduk di tepi tong sampah dan hal itu telah membuatkan ibu bapa pelajar tersebut berasa kecewa.
Melalui klip audio tersebut, guru itu mempertahankan diri dengan mengatakan ibu bapa pelajar terbabit turut tidak tahu berbahasa Melayu.
Jika mereka tidak boleh berbahasa Melayu, mereka boleh pulang ke China.
Tak menafikan maki murid
Apabila ditanya sama ada dia benar-benar menghina pelajar berkenaan, guru tersebut tidak menafikannya.
Ini bukan kali pertama saya berkata seperti itu, dan bukan saya seorang sahaja yang berbuat demikian. Tambahan pula, kami tidak pernah mendapat sebarang aduan sebelum ini.
Wakil murid berkenaan menegur guru terbabit dengan mengatakan sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati antara satu sama lain serta menegaskan perbuatannya boleh dilihat sebagai diskriminasi kaum.
Namun, guru wanita itu menempelak semula wakil mangsa dengan menyatakan lelaki itu tidak sepatut menganggu ketika dirinya sedang cuti sakit.
Saya boleh melaporkan perkara ini kepada Biro Pendidikan atau Kementerian Pendidikan, dan saya juga boleh mencari nombor awak melalui cara lain sebab suami saya polis.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source