“Saya Tak Pernah Tak Kerja”

Pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad berkongsikan dia menangis apabila mendapat surat daripada pihak radio direhatkan daripada tugas susulan kontroversi terpalit dirinya, Azad Jasmin dan Radin.
Menerusi podcast AididitMyWay, Nabil berkata ketika itu dia terfikir adakah kerjayanya sudah sampai ke penghujung apatah lagi sepanjang masa dia bekerja.
BACA: “Boleh Fokus Ibadah Bulan Ramadan” – Netizen Lihat Ada Hikmah Nabil Digantung Tugas
“Saya dapat surat direhatkan selepas kami keluar dari Bukit Aman. Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.
“Saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung? Saya tak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau saya yang mohon cuti. Tetapi kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu,” katanya.
Sementara itu, Nabil berkata ketika itu dia hanya memikirkan mengenai masa depan anak-anaknya dan seolah tidka percaya ketika menerima surat berkenaan.
“Anak-anak juga tengah membesar, dapat surat macam itu memang mental. Saya macam tak percaya sebab saya dah bina kerjaya.
“Macam saya, saya harung jatuh dan bangun itu sendiri tapi bila sampai surat hancur saya jadinya. Saya terfikir ke mana nak pergi dan perancangan masa depan anak-anak. Karier ini memang tak ada back up,” katanya.
Terdahulu, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikenakan kompaun RM250,000 kerana memuat naik kandungan jelik melampau di akaun rasmi TikTok Era FM.
SUMBER: AididitMyWay
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source