12 Tahun Bercinta, Azira Shafinaz Dah Putus Dengan Kekasih

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mendedahkan dia sudah pun berpisah dengan teman lelakinya tahun lalu selepas 12 tahun menjalin hubungan cinta.
Memetik Harian Metro, Azira bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan mereka serta reda jodohnya dengan jejaka dikenali sebagai Yasser Khan tidak panjang.
BACA: Demi Cantik, Azira Shafinaz Kental Makan Sekali Sehari
“Nak buat macam mana, jodoh tak panjang. Tapi saya tetap bersyukur dengan perjalanan hidup yang ditentukan ini dan doakan jodoh saya. Mana tahu tahun depan saya berkahwin?
“Banyak perkara yang saya pelajari daripada hubungan itu, tapi biarlah hanya saya yang tahu. Mungkin bercinta terlalu lama menyebabkan kami sudah tidak serasi atau tiada ‘spark’ lagi.
“Saya percaya pada jodoh. Kalau ada, mungkin saya masih bersama dengan dia,” katanya.
Ada segelintir yang beranggapan tempoh percintaannya dengan kekasih itu sekadar membuang masa kerana akhirnya berpisah, Azira berkata ianya pengalaman yag mematangkan.
“Kalau boleh, saya mahu mencari pasangan yang memahami kerjaya saya kerana kadang-kadang saya sendiri tiada masa untuk diri sendiri.
“Jadi, jika dapat pasangan yang tidak memahami, mungkin ia akan menjadi satu isu. Saya sudah bersedia untuk berkahwin, cuma cincin dan jodoh sahaja yang belum ada,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source