500 ekor ayam, ikan bawal emas RM1 habis dalam 10 minit

JERANTUT – Sebanyak 500 ekor ayam dan ikan bawal emas yang dijual dengan harga RM1 seekor habis dalam tempoh 10 minit sempena pembukaan Pasar Raya BS Freshmart di Bandar Baru Jerantut di sini hari ini.
Pengunjung yang tiba sejak awal 8 pagi menyerbu masuk sebaik sahaja pintu pasar raya itu dibuka kira-kira pukul 9 pagi sempena pembukaan pasar raya berdekatan Terminal Bas bandar Jerantut itu.
Suasana agak kelam kabut dan tidak terkawal kerana ruang jualan sempit apabila pengunjung berebut memilih ayam RM1 untuk dibawa pulang.
Pengarah Urusan BS Freshmart, Mohammad Rasul Razuan berkata, jualan ayam RM1 dan ikan bawal emas selama tiga hari mula hari ini dibuat sempena pembukaan pasar raya itu.
“Kami menawarkan jualan dengan harga RM1 untuk 500 ekor ayam bagi tempoh tiga hari ini sahaja dan selepas habis pelanggan hanya boleh mendapatkan ayam ini dengan harga RM5.99 seekor sehingga menjelang sambutan hari raya.
“Selain ayam, pasar raya ini juga turut menjual 500 ekor ikan bawal emas dengan harga RM1 untuk tempoh tiga hari dan nampaknya hari ini juga habis dalam tempoh yang sama,” katanya selepas perasmian pasar raya BS Freshmart yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang.
Menurut Mohammad Rasul, pengurusan pasar raya itu juga akan menimbang cadangan Chon Siang supaya menjual sebanyak 2,000 ekor ayam dengan tawaran harga RM1 setiap hari dalam tempoh tiga hari berasaskan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Kita sedia menimbang cadangan exco berkenaan berasaskan tanggungjawab sosial korporat pengurusan pasar raya ini untuk membantu meringankan beban pengunjung berbelanja menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source