Atikah Suhaime Akui Cemburu Anak Lebih Selesa Dengan Pengasuh

Pertama kali bergelar ibu, pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan perasaan yang dialaminya sepanjang proses menjadi ibu kepada anak sulungnya, Lyla Mulan Teh.
Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah berkata dia merasakan anaknya itu lebih selesa dengan pengasuh berbanding dirinya dan dia mengakui ada rasa cemburu.
BACA: “Dia Datin Pun Beli Dekat TikTok Je” – Atikah Suhaime Dipuji Beli Barang Di TikTok
Luah Atikah lagi, apabila bersama pengasuh, anaknya tidak meragam tetapi apabila dia yang menjaganya Mulan akan mula memangis.
“Tak pasti kalau ada yang rasa sama macam saya lepas bersalin. Saya rasa lama tak update sebab banyak sangat yang saya rasa sekarang. Dan salah satunya sangat merepek.
“Saya rasa baby Mulan lebih sayangkan pengasuh dari saya. Bila dengan pengasuh, elok je. Bila saya jaga, mula lah nangis, jerit,”luahnya.
Sementara itu, Atikah berkata apa yang lebih membuatkan dia sedih setiap kali Mulan menangis atau menjerit, suaminya akan memanggil pembantu untuk menguruskan.
Dalam pada itu, Atikah berkata dia seorang yang sentiasa positif namun segalanya berubah selepas melahirkan Mulan.
“Apa yang lagi sedih, setiap kali Mulan jerit, suami saya akan suruh panggil pembantu yang uruskan,” katanya.
Atikah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung Lyla Mulan Teh pada 8 Mac lalu.
SUMBER: Ohmymedia
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source