Justin perlu lepasi ujian getir di BAC 2025

PETALING JAYA: Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 bulan depan bakal menjadi ujian getir buat pemain perseorangan negara, Justin Hoh dalam misinya menyaingi pemain elit dunia.
Selepas hampir sebulan bertanding di beberapa kejohanan di Eropah, pemain yang berada di ranking ke-50 dunia itu masih mencari rentak untuk bersaing di peringkat tertinggi.
Bagaimanapun, ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Jonassen yakin pengalaman yang diraih Justin di Eropah itu amat berharga dan mampu menjadikannya lebih matang.
“Justin baru merasai pengalaman sebenar bertanding di peringkat tertinggi. Pelbagai gaya permainan, kondisi gelanggang berbeza, dan tekanan fizikal yang luar biasa.
“Di BAC, dia (Justin) sekali lagi perlu melalui jalan sukar, dua perlawanan kelayakan dalam satu hari, dan pusingan pertama keesokannya. Ini adalah cabaran yang dia harus biasakan sehingga layak ke undian utama kejohanan besar,” kata Jonassen.
Di Terbuka Switzerland minggu lalu, Justin berjaya melepasi kelayakan tetapi tewas di pusingan pertama kepada pemain No. 25 dunia dari Jepun, Yushi Tanaka, dalam pertarungan yang memperlihatkan kelemahan ketahanan fizikalnya.
“Selepas dua perlawanan sukar, dia kehilangan kelajuan dan mula menyerang lebih banyak. Itu bukan kekuatannya. Bagaimanapun, inilah pelajaran paling penting dalam kariernya,” ujar Jonassen.
Dengan ranking di luar kelompok 32 terbaik dunia, Justin masih perlu bekerja keras sebelum layak ke kejohanan berstatus Super 500 dan ke atas secara automatik.-UTUSAN
Habis
KAPSYEN: JUSTIN Hoh perlu melepas aksi kelayakan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 bulan depan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source