Jualan Rahmah Mantai Aidilfitri Duyong, peluang berbelanja lebih murah

MELAKA: Orang ramai dijemput untuk memanfaatkan peluang membeli barangan keperluan Hari Raya Aidilfitri pada harga lebih murah di Jualan Rahmah Mantai Aidilfitri yang akan berlangsung pada 29 Mac ini di tapak parkir Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah di sini.
Menariknya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong telah dipilih sebagai lokasi utama bagi daerah Melaka Tengah, menjadikan jualan kali ini lebih besar dan meriah berbanding Jualan Rahmah biasa.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem, program akan berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang, menampilkan pelbagai barangan asas pada harga istimewa.
“Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan persiapan Aidilfitri seperti ayam, daging, beras, minyak masak peket dan banyak lagi dengan harga lebih rendah daripada pasaran.
“Ini adalah peluang terbaik bukan hanya untuk warga Duyong, tetapi seluruh rakyat Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Moreh Bersama Media yang diadakan di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Duyong di sini, semalam.
Tambah Mohd. Noor Helmy, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memastikan bekalan barangan mencukupi sepanjang program berlangsung.
“Pada jualan sebelum ini, satu vendor sahaja sudah mencatat nilai jualan sehingga RM60,000 dari pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari tetapi kali ini, kita tempatkan empat vendor untuk memastikan bekalan mencukupi sepanjang program.
“Orang ramai dijangka membanjiri program ini, namun kita nasihatkan supaya mereka merancang waktu kunjungan bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa,” katanya. –UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source