‘Tahun lepas datang dengan tangisan kesedihan hingga sakit dada’

PETALING JAYA – Pelakon juga penyanyi, Bella Astillah menikmati rasa penuh kesyukuran dan kasih sayang tidak terhingga saat berpeluang menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah pada hujung Ramadan bersama adiknya, Didi Astillah.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menyifatkan ibadah kali ini membawa makna yang lebih mendalam buat dirinya.
“Tahun lepas saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu pada-Nya.
“Kali ini juga menangis di depan Kaabah, tetapi atas rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah memberikan apa yang saya doa waktu kali terakhir saya datang,” luahnya.
Selain berkongsi pengalaman umrah, pelakon Aku Tanpa Cintamu itu juga turut menitipkan nasihat kepada pengikut media sosial agar sentiasa reda dengan ujian hidup.
“Kepada yang sedang bersedih, mula untuk belajar menerima apa jua keadaan dengan hati yang lapang. Kerana ini yang kita panggil berdamai dengan takdir.
“Takdir tidak pernah bertanya tentang bagaimana penerimaan, perasaan, sama ada kita suka, tak suka atau bahagia.
“Takdir juga tidak ambil tahu tentang proses healing, tapi disitulah letaknya kekuatan,” ujarnya.
Ibu dua anak itu turut meluahkan rasa terkejut dengan sokongan luar biasa yang diterima sejak kebelakangan ini.
“Tak pernah terfikir akan menerima begitu banyak kasih sayang dan sokongan. Alhamdulillah, terima kasih semua.
“Semoga doa saya kali ini juga dimakbulkan Allah,” ujarnya.
Terdahulu, Bella yang merupakan bekas isteri kepada penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz, sering menjadi perhatian ramai selepas berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan peribadi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source