“Awak Boleh ‘Judge’ Secara Luaran Tapi Yang Melalui Saya..” – Isteri Edika Yusof Tampil Bersuara

Rumah tangga pelakon, Edika Yusof dan isterinya iaitu Nor Hidayah kini di ambang perpisahan apabila Hidayah telah memfailkan penceraian terhadap suaminya.
Menerusi satu sesi siaran langsung (live) di TikTok, Hidayah yang menggelarkan dirinya sebagai Kak Nor telah berkongsi rasa mengenai ujian yang dihadapinya selama ini.
Berlapang dada terima ujian
Dia tampil menjelaskan bahawa dia tidak mahu lagi menyimpan kesedihan yang terlalu mendalam dan memilih untuk berlapang dada serta berserah pada takdir.
Awak boleh judge secara luaran tapi yang melalui saya. Jadi saya dah taknak cakap apa-apa yang too deep too personal.
So, kita berserah, kita tengok apa yang jadi okay?
Kata Hidayah, sudah 19 tahun dia menjalani hidup sebagai orang kurang upaya lumpuh separuh badan.
Walau bagaimanapun, dia tetap berdikari dan tidak pernah menjadikan keadaannya sebagai alasan untuk bergantung sepenuhnya pada orang lain.
Saya sakit dah 19 tahun saya lumpuh. Tapi, dalam masa yang sama saya jaga mak, mak mertua dan mak mertua tiri yang sakit kanser.
Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak suka meratapi dan memilih untuk reda dengan ketentuan Allah SWT. Dia berusaha untuk menjadi kuat dan meneruskan hidup seperti biasa.
@nona.my Walaupun dalam keadaan lumpuh separuh badan, dan diuji pula dengan kemelut rumahtangga, isteri kepada pelakon Edika Yusof ini dilihat kekal tenang, positif dan optimis. Sewaktu sesi siaran langsung di Tiktok nya semalam, Nor Hidayah Yusry berkongsi sumber kekuatannya bersama pembaca. 19 tahun berkerusi roda, ibu kepada 3 orang cahaya mata ini dilihat cukup bersemangat mencari rezeki demi kelangsungan hidup walau serba kekurangan. Semoga perkongsian Nor Hidayah ini menjadi inspirasi buat semua wanita² di luar sana. #majalahnona #edikayusof #norhidayahyusri #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ ♬ original sound – NONA
Urus diri sendiri dan buat kerja rumah semampunya
Dia turut memberitahu bahawa dia menguruskan dirinya sendiri termasuk melakukan kerja-kerja rumah semampunya dan kini dia mencari pendapatan dengan membuat bisnes printing di rumah.
Difahamkan, dia kini menetap bersama anak lelakinya yang sedang menuntut di kolej.
Dia pagi ke kolej, balik malam dari Isnin ke Jumaat. Saya pula buat kerja saya lah, saya transfer sendiri dari wheelchair. Saya buat kerja saya, bisnes, saya buat printing dan graphic design.
Saya buat kerja rumah semampu saya, nak tonggeng macam mana nak lap lantai. Saya buatlah tu semua. Apa yang mampu saya buat, saya buat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source