Buruh curi kabel dipenjara lapan bulan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang tular dalam kejadian kejar-mengejar oleh polis kerana terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Mohd. Szami Nazari, 40, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa enggan memberikan kerjasama dan melarikan diri semasa pihak polis membuat pemeriksaan pada pukul 5.04 pagi, 23 Mac lalu ketika Koperal Mohd Khairuddin Baharudin ingin membuat pemeriksaan di tepi Jalan Gerik Taman Rainbow, Sentul di sini.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda sehingga RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Nursyuhada Husna Sulaiman memohon agar mahkamah memberikan hukuman yang setimpal kerana melibatkan faktor kepentingan awam.
“Saya memohon mahkamah untuk mengambil kira perlakuan tertuduh di sini yang memecut laju dan melarikan diri. Ia jelas menghalang tugas seorang penjawat awam yang mempunyai alasan munasabah terhadap tindak tanduk tertuduh.
Sementara itu, di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni, buruh berkenaan didakwa telah memandu secara melulu dari Jalan Kuching menghala ke Kepong di sini di antara 3.30 pagi hingga 4 pagi pada tarikh sama.
Mohd. Szami didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum dibawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Shazwan Hasifi Shahrun memohon agar mahkamah memberikan hukuman yang setimpal memandangkan hampir 10 buah kenderaan mengalami kerosakan akibat daripada tindakan itu.
Noorelynna Hanim menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 23 Mac lalu.
Khairunnisak menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000 atau penjara enam bulan serta hilang kelayakan mendapatkan lesen memandu selama lima tahun.
Hukuman-hukuman penjara itu diperintahkan untuk berkuat kuasa dari tarikh 23 Mac lalu dan berjalan serentak.
Terdahulu, media melaporkan tular rakaman video memaparkan kereta dinaiki tertuduh dipercayai terlanggar kenderaan lain akibat berkejaran dengan polis dan cuba melarikan diri.
Polis kemudian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kejar-mengejar melibatkan kenderaan polis dan sebuah kenderaan disyaki digunakan dalam kegiatan mencuri kabel pada Ahad lepas (23 Mac). – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source