Gagal seludup lebih 20 tan beras Siam dalam treler

TANAH MERAH – Sindiket penyeludupan gagal menyeludup sebanyak lebih 20 tan beras putih dari Siam selepas Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sebuah treler di kawasan kebun di Kampung Jahar, Bukit Bunga di sini hari ini.
Rampasan dijalankan kira-kira pukul 6 pagi semasa anggota PGA menjalankan tugas menerusi Op Taring Bravo 4 di kampung tersebut.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, pemeriksaan di dalam treler itu menjumpai sebanyak 20,240 kilogram (kg) beras putih yang disyaki diseludup melalui pangkalan haram.
Menurutnya, pemandu treler yang berusia 36 tahun ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.
“Rampasan keseluruhan termasuk sebuah treler yang membawa beras-beras itu dianggarkan bernilai RM451,000.
“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Negara (AKSPBN) Kelantan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Dalam perkembangan sama, Nik Ros Azhan memberitahu, PGA turut merampas 1.4 tan beras Siam di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero di kampung sama kira-kira sejam selepas rampasan pertama dijalankan.
Menurutnya, pemandu SUV itu dipercayai melarikan diri meninggalkan kenderaan tersebut di tengah jalan.
“Pemeriksaan di dalam SUV itu menjumpai beras putih sebanyak 1,400 kg beras putih yang disyaki diseludup melalui pangkalan haram.
“Rampasan keseluruhan beras dan kenderaan itu dianggarkan bernilai RM 43,500. Barangan rampasan dibawa ke AKSPBN Kelantan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Tambah Nik Ros Azhan, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source