Insentif Rebat Rahmah Eratkan Silaturahim Aidilfitiri

Insentif Rebat Rahmah sempena Aidilfitiri yang diumumkan kerajaan Madani menerusi Kementerian Komunikasi disambut baik pelbagai lapisan masyarakat sebagai pengerat silaturahim bertepatan dengan gaya hidup masa kini.
Melalui insentif itu, pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia sama ada prabayar dan pascabayar akan menerima tambahan kuota data minimum 5GB secara percuma pada Hari Raya Aidilfitri pertama.
Mereka berpendapat, tambahan data itu akan menyemarakkan sambutan Aidilfitiri tahun ini kerana membantu mendekatkan saudara mara dan rakan-rakan melalui komunikasi secara dalam talian.
Peniaga online, Nurulhuda Ibrahim, 43, berkata insentif Rebat Rahmah menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada semua peringkat rakyat pada musim perayaan kerana data Internet kini sudah menjadi keperluan penting.
Beliau juga berharap insentif ini dapat diperluaskan sewaktu sambutan perayaan utama lain seperti Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas.

Nurulhuda Ibrahim
“Mungkin bagi sesetengah orang, apalah sangat tambahan data 5GB tetapi jangan lupa masih ramai yang memerlukannya terutama golongan remaja.
“Bagi golongan ini, data adalah satu kemewahan dan tambahan 5GB ini pastinya amat dihargai mereka,” katanya kepada Rotikaya.
Seorang pesara guru, Radzi Hussain, 63, pula berkata insentif itu akan dimanfaatkannya untuk memanjangkan tempoh panggilan video bersama anak dan cucu yang tidak dapat pulang berhari raya bersamanya.
Katanya yang merupakan pengguna prabayar, penambahan data sebanyak 5GB itu amat bermakna untuk menambah kemeriahan sambutan Aidilfitiri bersama keluarga.
“Sebagai pesara kerajaan, bukannya tak mampu beli data sendiri. Tetapi apabila diberi tambahan secara percuma, saya rasa dihargai.
“Kalau dulu mungkin saya hadkan tempoh panggilan video tapi dengan adanya tambahan data, bolehlah ‘bergayut’ dengan anak cucu,” katanya berseloroh.

Insentif Rebat Rahmah sempena Aidilfitiri akan mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui komunikasi online. KREDIT GAMBAR: BERNAMA
Sementara itu pelajar, Rizqi Saladin, 17, berharap tempoh sah laku data tambahan dapat dipanjangkan kepada beberapa hari, bukannya terhad dalam masa 24 jam sahaja.
Katanya, dengan cara itu pemberian data tambahan dapat memberi manfaat yang lebih besar kepada golongan remaja sepertinya.
“Maklumlah hari raya pertama sibuk beraya bersama keluarga dan rakan-rakan, rugi kalau tak sempat habiskan kuota data.
“Kalau sah lakunya ditambah melebihi 24 jam lebih baik. Kalau tidak untuk semua pengguna sekalipun, mungkin boleh pertimbangkan untuk golongan pelajar,” katanya.

Rizqi Saladin
Insentif Rebat Rahmah yang diumumkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada Rabu lalu dijangka memberi manfaat kepada 45 juta akaun berdaftar.
Tambahan kuota data 5GB yang sah bagi tempoh minimum 24 jam itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pelanggan tertakluk kepada terma dan syarat penawaran syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
Mereka terdiri daripada CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Pavo Comms, Tune Talk, redONE, REDtone dan XOX Com.
Usaha Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI yang menitikberatkan nilai ihsan kepada rakyat di samping mengeratkan silaturahim menerusi komunikasi dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Maklumat lanjut mengenai insentif ini akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source