[VIDEO] ‘Ya Allah, aku ingat tangan dia berdarah kena mercun’
![[VIDEO] ‘Ya Allah, aku ingat tangan dia berdarah kena mercun’ [VIDEO] ‘Ya Allah, aku ingat tangan dia berdarah kena mercun’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/03/INAI-KANAK-KANAK-VIRAL-TULAR.jpeg)
PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak yang mencelup tangannya ke dalam inai mencuri perhatian netizen apabila menyangka dia tercedera kerana mercun.
Menerusi hantaran di TikTok milik @Mekzahenna, ibu kepada kanak-kanak tersebut meluahkan rasa terkejut apabila mendapati anaknya sekali lagi mencelup keseluruhan tangan ke dalam inai.
“Dia celup kali kedua pula dah. Aduhlah Faiz, hari ini dua kali dah,” tulis pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.
Sementara itu, rata-rata pengguna terhibur dengan telatah kanak-kanak itu, malah ada juga yang sempat berseloroh mengenai situasi tersebut.
“Adik, orang celup hujung jari sahaja, bukan sampai ke lengan,” ujar pengguna @ZetyLiyana.
“Baru kat tangan kalau kat muka, jadi ‘spiderman’ kau adik,” seloroh @Mexnaa819.
“Ya Allah, aku ingat tangan dia berdarah kena mercun,” kata @JuliaBubuShop.
Selain mencuit hati, ada juga yang memuji kualiti inai tersebut kerana warnanya yang merah menyala dan melekat kuat pada kulit.
“Itu dia. Merah menyala, okay inai ini terbukti, dijamin merah,” ujar @Nurulizati.
“Bukti inai ini ‘power’ (hebat),” balas @Umikhalsum. – KOSMO! ONLINE
@mekzahenna dia celup kali kedua… pula dah #hennabymekza adoi la hg la faiz..hari ni dua kali dah #inairaya #inai ♬ bunyi asal – arijalbiz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source