‘Baru sebulan kahwin, harap raya tiada soalan bila dapat anak’

PETALING JAYA – Pertama kali beraya sebagai seorang isteri, pelakon Mimi Lana memilih untuk beraya bersama keluarga mentua di Kuala Lumpur.
Menurut Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, pemilihan untuk beraya bersama keluarga suami, pelakon Syafiq Kyle adalah hasil persetujuan bersama.
“Kami tidak bergaduh hendak balik kampung mana kerana keputusan dibuat secara bersama. Memang saya memilih untuk beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan kedua.
“Kebetulan semua adik-beradik dan sepupu saya balik rumah mentua masing-masing tahun ini. Setiap tahun, memang semua sepupu akan balik beraya di Taiping mengikut giliran dan atas persetujuan bersama.
“Jadi, tahun depan semua akan kembali beraya di Taiping termasuklah saya. Tahun ini kita dahulukan keluarga mentua,” kata Mimi.
Meskipun pertama kali beraya sebagai menantu, jelas Mimi, dia tidak berasa kekok kerana telah terbiasa beraya dengan keluarga Syafiq ketika bercinta dahulu.
“Ini kali pertama saya menyambut raya di Kuala Lumpur, sebelum ini sudah menjadi tradisi untuk beraya di kampung halaman di Taiping, Perak.
“Selepas Kuala Lumpur, barulah kami pulang ke kampung saya di Taiping pada raya ketiga. Walaupun pertama kali beraya sebagai menantu saya tidak rasa kekok dengan keluarga Syafiq.
“Zaman bercinta dahulu pun saya pernah beraya di rumahnya tetapi pada raya kelima,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mimi berharap dia tidak ditanya ‘soalan cepu emas’ seperti soal anak apabila pulang beraya nanti.
“Saya baru sebulan lebih berkahwin dan berharap tiada yang bertanya soalan seperti bila hendak dapat anak.
“Kalau tanya soal anak, itu ketentuan Allah dan bukan saya yang tentukan,” katanya.
Terdahulu, Mimi dan Syafiq pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun, namun impian menjadi suami isteri tergendala apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos 2023.
Syafiq dan Mimi akhirnya bersatu selepas melangsungkan majlis pernikahan dan resepsi di Taiping pada 14 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source