DFC Puncak Alam mohon maaf laung azan maghrib 3 minit awal

PETALING JAYA – Darsa Fried Chicken (DFC) Puncak Alam memohon maaf kepada pelangganya susulan kesilapan laungan azan maghrib pada pukul 7.26 malam, sedangkan waktu sebenar di kawasan Kuala Selangor pada 7.29 malam, 17 Mac lalu.
Menerusi memo rasmi dikongsikan pada Facebook, pihak tersebut mengambil maklum bahawa kesilapan itu telah menyebabkan pelanggan mereka berbuka puasa lebih awal dari waktu sepatutnya.
“Kami dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas kekhilafan ini dan amat menghargai kesedaran serta keprihatinan pelanggan yang telah memaklumkan perkara ini kepada kami.
“Sehubungan itu, kami menasihatkan pelanggan yang telah berbuka pada waktu tersebut untuk menggantikan (qada) puasa bagi mematuhi hukum syarak,” menurut Darsa Fried Chicken.
Pihak pengurusan juga telah mengambil langkah pembetulan bagi memastikan perkara itu tidak berulang, termasuk menyemak dan menyelaraskan waktu azan dengan jadual rasmi solat.
“Kami menghargai kepercayaan anda terhadap Darsa Punca Alam dan berkomitmen untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan.
“Segala kesulitan amat dikesali dan kami berterima kasih atas pemahaman serta sokongan anda,” kata Darsa Fried Chicken.
Memo tersebut telah dimuat naik menerusi Facebook Darsa Fried Chicken pada 19 Mac lalu dan kemudian dikongsikan semula pada hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source