Puas hati 5 tahun sebagai Datuk Bandar Ipoh – Rumaizi

IPOH – Datuk Rumaizi Baharin berpuas hati dengan khidmatnya sebagai Datuk Bandar Ipoh selama lima tahun yang akan berakhir pada hujung bulan ini.
Jelasnya, paling memuaskan hati beliau ialah komitmennya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang membelenggu penduduk bandar Ipoh lebih-lebih lagi kesan pandemik Covid-19.
“Waktu saya mula menjadi Datuk Bandar, Ipoh daripada kalangan bandaraya yang paling ramai orang miskin. Saya kata kita tidak boleh membiarkan keadaan itu. Kemiskinan melibatkan kita dengan jenayah, mendekatkan kita dengan perkara yang kurang bermoral. Kita cuba mengatasi masalah kemiskinan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini hari ini.
Rumaizi, 50, anak kelahiran Ipoh dilantik sebagai Datuk Bandar pada 1 April 2020 yang sebelum itu merupakan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak.
Kontraknya sebagai Datuk Bandar akan tamat kerana telah melebihi tempoh selama lima tahun yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Saya rasa saya puasa hati. Kita kerja sebagai satu pasukan walaupun dalam pelbagai keadaan. Selain daripada Covid-19, isu politik di peringkat negeri dan negara kita pun macam-macam pada waktu itu. Dengan Menteri Besar bertukar, tetapi saya rasa kita boleh bergerak ke depan. Kita tidak terpesona dengan masalah itu,” katanya.
Mengenai masa depan Ipoh, beliau melihat sambutan ulang tahun ke-500 Kesultanan Perak pada tahun 2028 merupakan sesuatu yang besar menanti buat keseluruhan Perak dari segi sektor pelancongan berasaskan budaya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source