“You Boleh Judge Secara Luaran Tapi Yang Melalui Saya”

Rumah tangga pelakon Edika Yusof menjadi perhatian apabila isterinya Nor Hidayah memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu sekaligus mengejutkan ramai.
Baru-baru ini menerusi siaran langsung, Hidayah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nor berkongsi rasa mengenai ujian yang dihadapi selama ini.
BACA: “Kalau Saya Dah Sampai Tahap Ke Mahkamah, Mesti Ada Sebab Kukuh” – Isteri Edika
Hidayah berkata orang luar boleh menghakimi namun dirinya yang melaluinya serta memilih untuk berlapang dada dan berserah pada takdir.
“Awak boleh judge secara luaran tapi yang melalui saya. Jadi saya dah taknak cakap apa-apa yang too deep too personal. So, kita berserah, kita tengok apa yang jadi okay?” katanya.
Menurut Hidayah lagi, sudah 19 tahun dia menjalani hidup sebagai orang kurang upaya, namun tidak pernah menjadikan keadaannya itu sebagai alasan untuk bergantung pada orang lain.
“Saya sakit dah 19 tahun saya lumpuh. Tapi, dalam masa yang sama saya jaga mak, mak mertua dan mak mertua tiri yang sakit kanser,” katanya.
Sementara itu, Hidayah turut berkongsikan dia menguruskan dirinya sendiri termasuk melakukan kerja-kerja rumah mengikut kemampuannya serta mencari pendapatan dengan membuat bisnes percetakan di rumah.
“Saya buat kerja saya, saya transfer sendiri dari wheelchair. Saya buat kerja saya, bisnes, saya buat printing, grafik design. Saya buat kerja rumah semampu saya, nak tonggeng macam mana nak lap lantai. Saya buatlah tu semua. Apa mampu saya buat saya buat,” katanya.
SUMBER: TikTok Nona
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source