‘Kantoi’ Kongsi Tips Elak Cukai GST Di Media Sosial, Wanita Didenda Hampir RM60K Oleh Pihak Berwajib

Seorang wanita Singapura, Cloey Tan Wan Qi, 27, membeli barangan mewah bernilai ribuan dolar semasa melancong ke Eropah, termasuk beg jenama Gucci dan Louis Vuitton, kasut, serta jam tangan.
Tan sedar bahawa dia perlu membayar GST ke atas barangan tersebut ketika tiba di Singapura. Namun, pada Mei 2024, dia gagal mengisytiharkan pembeliannya di Lapangan Terbang Changi, berjaya mengelak cukai sebanyak S$2,200 (RM7,273.62), menurut MothershipSG.
Beberapa hari kemudian, Tan memuat naik di Lemon8, mendedahkan bagaimana dia mengelak daripada membayar GST. Hakim Eddy Tham menegaskan tindakan tersebut bukan sahaja tidak bermoral, tetapi juga menggalakkan orang lain melakukan perkara yang sama.
Akibatnya, Tan dikenakan denda sebanyak S$18,000 (RM59,511.42). Kastam Singapura menegaskan bahawa mengelak GST adalah kesalahan serius yang merugikan negara serta perniagaan tempatan yang membayar cukai dengan sah.
Bagi kesalahan ini, pesalah boleh dikenakan denda sehingga 20 kali ganda jumlah GST yang dielakkan, atau hukuman penjara sehingga dua tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source