“Pergi Mana-Mana Orang Ejek, Buat Lawak Pasal Saya”

Umum mengetahui, beberapa tahun lalu hangat diperkatakan mengenai kisah putus tunang Elfira Loy, namun pelakon itu tidak pernah membuka mulut mengenai isu berkenaan.
Baru-baru ini, menerusi podcast Wardah, Elfira bercerita mengenai kisah putus tunang yang merupakan pengalaman paling pahit dalam hidupnya.
BACA: “Perlu Muat Naik Gambar Bercium Ke Baru Nak Percaya?” – Elfira Loy
“Sebenarnya saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah dalam masa sama kena besarkan adik beradik sejak umur 12 tahun. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
“Sebenarnya yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu. Mungkin saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Masa wartawan tanya, saya memang diam tak cakap apa-apa.
“Saya tahu perkara itu akan menjurus perkara yang lebih besar dan lebih salah. Saya cakap ke, tak cakap ke, benda itu akan ada salah, akan ada yang betul. Tapi benda tu adalah perkara terbesar berlaku dalam kehidupan saya,” katanya.
Sementara itu, Elfira berkata ke mana sahaja dia pergi ketika itu orang akan mengejeknya serta dia sering menjadi bahan ketawa.
“Pergi ke mana-mana, orang akan ‘mock’ saya, orang akan buat lawak pasal saya dan saya tiada tempat untuk pergi. Saya pergi mall orang akan gelak-gelakkan saya, orang akan nyanyi lagu, saya pergi makan orang akan ejek-ejek saya. Orang ingat saya okay tapi tak okay,” katanya.
Bagaimanapun, Elfira berkata meskipun berdepan pengalaman pahit itu namun dia melihat ada hikmah disebalik kejadian menimpanya satu ketika dahulu apabila dia banyak habiskan masa di masjid.
“Perkara terbaik dan hikmah atas insiden itu adalah saya tak ada tempat lain yang ingin dituju, jadi saya selalu habiskan masa di masjid.
“Saya memang tak bercakap dengan sesiapa sebab saya tak tiasa siapa yang boleh pertahankan saya. Jadi saya hanya bercakap kepada-Nya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak, Allah bagi apa saya nak,” katanya.
Terdahulu, Elfira dan Sufian mengingat tali pertunangan pada tahun 2018 namun putus tunang selepas beberapa bulan.
Elfira kemudian mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan memiliki sepasang cahaya mata Muhammad Rayyan Khalaf dan Nur Aria Mikayla.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source