Siti Nurhaliza Impi Tinggal Di Mekah, Harap Tidak Lagi Perlu Bernyanyi

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui suara yang dialunkan apabila bernyanyi adalah aurat bagi seorang wanita.
Menerusi satu video di TikTok, Siti bagamanapun berkata dia menyerahkan segalanya kepada Allah dan apa saja kita lakukan niat kerana Allah.
BACA: Mendunia! Lagu Siti Nurhaliza Ada Dalam Playlist Peribadi Raja Charles III
@syukfendi Kak Iti???Rahsia Allah itu maha luas,smoga DS Siti Nurhaliza sekeluarga & kita smua husnul khotimah & masuk syurga amin ya rabbal alamin? #fyp #fypmalaysia #fyp? #fyphariini #fypage
“Apa pun kita buat, niat kerana Allah. Kadang kalau nak menyanyi pun, saya ingat Allah juga. Walaupun saya tahu, ada yang cakap suara itu aurat, saya serah pada Allah,” katanya.
Sementara itu, Siti turut berharap suatu hari nanti tidak perlu lagi berada di atas pentas serta menyimpan impian untuk menetap di Mekah serta membuat kerja amal.
“Saya sentiasa berdoa supaya suatu hari nanti, saya tidak perlu lagi berada di atas pentas untuk menyanyi.
“Mungkin saya boleh buat kerja-kerja amal. Saya pun ada impian nak duduk di Mekah. Nak menghabiskan usia di sana,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source