Selamat Lahirkan Anak Kedua, Ain Edruce Minta Suami Belikan Beef Wellington

Pelakon dan pengacara Ain Edruce berkongsikan khabar gembira selamat melahirkan cahaya mata kedua semalam.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Ain memberitahu dia sepatutnya bersalin normal namun terpaksa menjalani pembedahan Czer kecemasan.
BACA: “Tak Pernah Rasa Sakit Macam Ni” – Ain Edruce Keguguran Anak Kedua
“Hai semua Alhamdulillah saya dah berjaya bersalin, sepatutnyq saya bersalin normal dah buka 10cm tapi baby masih kat atas terpaksa buat emergency czer,” katanya.
Sementara itu, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap ibu-ibu yang melahirkan cahaya mata secara pembedahan.
Turut menjadi perhatian, Ain memberitahu makanan yang diinginkan selepqs bersalin adalah beef wellington daripada Gordon Ramsay.
“Saya sangat respect dengan wanita yang buat czer, sangat-sangat sakit, pertama sekali saya nak jalan selepas bersalin saya menangis.
“Untuk makan pula satu benda saya mintak dengan Mirul saya nak makan beef wellington daripada Gordon Ramsay dan dia berjaya dapatkan. Terima kasih sayang,” katanya.
Ain Edruce mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Amirul pada Disember 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan kini berusia empat tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source