Suara Merdu Baca Al-Quran, Rupanya Mimi Fly Pernah Sertai Pertandingan Tilawah

Baru-baru ini, video memaparkan penyanyi Mimi Fly mengalunkan ayat suci Al-Quran menjadi bualan apabila ramai memuji kemerduan bacaannya.
Memetik mStar Online, Mimi mengaku sudah lama tidak mengaji serta mendedagkan dia pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran semasa kecil.
BACA: Ustaz, Ustazah Tergamam Dengar Mimi Fly Mengaji Al-Quran
“Saya sangat bersyukur apabila mereka panggil saya. Bila saya sudah mula keluarkan muzik, saya sebenarnya sudah lama tidak mengaji.
“Dengan adanya program itu, saya seronok untuk mengaji sebab ada ustaz dan ustazah yang betulkan.
“Sebenarnya masa sekolah rendah, saya dan abang akan pergi ke rumah seorang ustaz dari Indonesia. Kami berdua pernah menyertai tilawah Al-Quran,” katanya.
Sebelum ini, bacaan Mimi membuatkan panel program Geng Ngaji tercengang serta tidak menyangka penyanyi itu bukan saja mempunyai bakat dalam nyanyian tetapi hebat mengaji.
Menerusi video dimuat naik di Instagtam Tazkirah Malam Jumaat, Mimi membaca potongan ayat daripada surah al-Jaathiyah ayat 20 hingga 21.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source